Sekolah telah menjemput pegawai kesihatan KKM bagi pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui kempen kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya, ‘tak nak merokok’ dan gaya hidup sihat.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan