.:: SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK SUNGAI LINAU | SeLINAU CEPAT, PANTAS, TANGKAS | MEMACU KAPASITI MENGIMBANGI TRANSFORMASI KE ARAH SEKOLAH BERKUALITI ::.

Khamis, 1 Januari 2015

Soalan Lazim : Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPNJ

Status Pusat Akses : Ada&Berfungsi
14/9/2016

Baik:
PC9
PC8
PC7
PC6
PC2

Rosak:
PC10
PC5
PC4
PC3
PC1

Soalan Lazim : UMUM
 
1. Bagaimana prosedur perolehan peralatan ICT oleh Sekolah-sekolah?
Sila Rujuk Tatacara Perolehan Peralatan ICT Sekolah-sekolah.

2. Pihak mana yang wajar dihubungi untuk melaporkan kerosakan atau memerlukan penyenggaraan ICT Sekolah?
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

3. Apakah beza Sektor ICT dengan Unit ICT dan Pengkomputeran?
Sektor ICT ( Sektor Pengurusan Maklumat/ICT ) ialah salah satu sektor di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, manakala Unit ICT dan Pengkomputeran adalah di bawah Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang menguruskan hal ehwal berkaitan P&P berasaskan ICT di sekolah. Sektor Pengurusan Maklumat/ICT menguruskan hal-ehwal dan dasar ICT peringkat negeri termasuk inisiatif Pengurusan dan Pentadiran (P&T) JPN/PPD dan sekolah serta membantu dalam aspek ICT dalam P&P.

4. Bolehkah sekolah memindahkan Pusat Akses ke bilik yang lain? Bagaimana kaedahnya?
Sekolah boleh memindahkan pengoperasian Pusat Sumber atas justifikasi yang kukuh. Permohonan perubahan lokasi perlu dialamatkan ke Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara 50604, Kuala Lumpur. sila rujuk surat siaran dari BTP ruj. KP(BTP-PENT) 8801/2/22 Jld II (41) bertarikh 9 Ogos 2010.

5. Adakah guru-guru sekolah boleh menggunakan School*net bagi tujuan pengajian jarak jauh?
Tujuan utama School*Net adalah yang pertama bagi menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia, kedua merapatkan jurang digital di antara pelajar sekolah di bandar dan luar bandar, ketiga memoden dan mempertingkatkan keberkesanan sistem pendidikan negara dan yang ke empat mewujudkan suasana pendidikan interaktif. Secara tak langsung jika dihayati maksudnya ia untuk kegunaan pelajar dan guru terutama melibatkan P&P dan keperluan pentadbiran (pekeliling, emel, aplikasi dsb). Walaubagaimanapun keutamaan masih lagi bagi apa-apa tujuan untuk meningkatkan integrasi ICT dalam P&P (baik guru yang mengajar dan cari bahan untuk mengajar dan pelajar yang belajar). Jika guru menggunakan kemudahan School*net untuk mencari bahan pengajaran jarak jauh ianya menjadi proriti kedua. Cuma elakkan jangan sampai pelajar tidak boleh guna Internet disebabkan oleh guru-guru sibuk menggunakan kemudahan berkenaan untuk keperluan sendiri. Kemudahan telah disediakan oleh kementerian dan boleh digunakan tetapi jangan sampai menafikan hak pelajar.

6. Bolehkah sekolah memindahkan Pusat Akses ke bilik yang lain? Bagaimana kaedahnya?
Sekolah boleh memindahkan pengoperasian Pusat Sumber atas justifikasi yang kukuh. Permohonan perubahan lokasi perlu dialamatkan ke Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan,

Persiaran Bukit Kiara 50604, Kuala Lumpur.

sila rujuk surat siaran dari BTP ruj. KP(BTP-PENT) 8801/2/22 Jld II (41) bertarikh 9 Ogos 2010.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan